Raikan penghujung Ramadan dan Syawal - Utusan Malaysia

Raikan penghujung Ramadan dan Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mei – Umat Islam yang mengerjakan ibadah puasa dapat merasakan bulan Ramdan semakin menghampiri penghujungnya.

Bagi Pengurus Besar Best Western I-City Shah Alam, Selangor, Anthony Kong dan kakitangan pengurusan hotel, mereka bukan sahaja mengadakan sajian istimewa sepanjang Ramadan untuk pengunjung berbuka puasa di coffee house hotel.

Akan tetapi pihak pengurusan Best Western I-City Shah Alam turut menyediakan pakej penginapan dengan harga yang amat berpatutan kepada para pengunjung yang sama ada tidak pulang ke kampung ataupun yang datang ke pusat bandar untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepanjang bulan Ramadan, kita menyediakan pelbagai jenis sajian dengan bertemakan Arabian And The Malaysian Treasure di mana saya, selaku Sous Chef bertanggung jawab menyediakan sajian yang enak untuk dijamu kepada pengunjung yang memilik Best Western I-City Shah Alam untuk berbuka puasa,” kata Chef Shahirah Najlaa Sakarin yang mempunyai 11 tahun pengalaman dalam bidang kulinari.

Berkhidmat selama dua tahun di Best Western I-City Shah Alam, anak jati Rawang, Selangor ini menggabungkan masakan Arab, Melayu, India, Cina dan Barat dalam sajian mereka.

BEST WESTERN
KETAM masak cili turut disediakan sebagai sebahagian daripada 20 menu utama yang terdapat di Best Western I-City Shah Alam, Selangor. – UTUSAN ONLINE/HASNURUL MOHAMED

Dan sudah semestinya, kata Chef Shahirah Najlaa, hidangan Nasi Arab mereka menjadi tarikan utama kerana ia menepati citarasa pengunjung yang datang berbuka puasa di sini.

“Rempah ratus yang dimasukkan dalam masakan Nasi Arab dan Kambing Bakar diimport dari negara Timur Tengah dan rempah istimewa itulah yang menjadikan hidangan Nasi Arab dan Kambing Bakar Ala-Ala Arab ini mendapat sambutan ramai.

“Ada dalam kalangan pengunjung kami yang rindukan masakan Nasi Arab yang pernah mereka nikmati sewaktu mengerjakan Umrah.

“Dengan menjamah Nasi Arab di sini, mereka mengakui hilang sedikit rasa kerinduan untuk merasai keenakan Nasi Arab dengan Kambing Bakar Arab,” katanya.

Menyentuh tentang persiapan Kambing Bakar, kata Chef Shahirah Najlaa, mereka mengambil masa selama 42 jam untuk memastikan rempah ratus yang digunakan sebagai bahan serapan, menyerap masuk ke dalam daging kambing dengan sebati.

“Teknik membuat Kambing Bakar yang diperap selama 48 jam ini amat teknikal kerana daging kamping ini, kalau kita lihat, di luar ia kelihatan kering tetapi bahagian dalam isinya, ia lembut dan lembab.

“Antara bahan perapan yang dimasukkan ke dalamnya ialah sejenis rempah yang dinamakan Sumac powder, dimasukkan juga rempah ratus Arab, Chefron yang terdiri daripada campuran jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar.

“Semua ini yang saya sebutkan tadi adalah bagi membangkitkan ‘rasa’ dalam perapan kambing tadi dan apabila ia siap dibakar, lidah akan dapat merasai rempah-rempah yang saya sebutkan, ada di dalam kambing bakar,” jelasnya.

Menurut Chef Shahirah Najlaa lagi, Shawarma juga menjadi tumpuan pengunjung yang berbuka puasa di Best Western I-City Shah Alam.

Walaupun Ramada semakin menghampiri penghujungnya, kata Chef Shahirah Najlaa, Best Western I-City Shah Alam tetap setia menanti kunjungan orang ramai yang ingin merasai 20 jenis sajian yang terdapat di 12 stall termasuk Kambing Bakar Ala-Ala Arab.

Harga seorang dewasa ialah RM119 seorang manakala untuk kanak-kanak dan warga emas, RM69 seorang dan tawaran Bufet Ramadan ini sehingga 3 Jun dan tempahan berkumpulan masih dibuka.

BEST WESTERN
ENAK masakan yang disediakan di sepanjang bulan Ramdan di Best Western I-City Shah Alam di sepanjang bulan Ramdan kali ini. – UTUSAN ONLINE/HASNURUL MOHAMED

Sementara itu, sepanjang bulan Mei dan Jun, pihak pengurusan Best Western I-City Shah Alam, Selangor menawarkan pakej penginapan menarik untuk orang ramai khususnya pelancong domestik.

Ini kerana ada yang merasakan perlu mengambil kesempatan cuti sekolah untuk berkunjung ke Taman Tema Air yang terletak bersebelahan dengan Hotel Best Western I-City Shah Alam.

Justeru, pakej penginapan berharga RM199 nett untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak termasuk baucer sarapan pagi untuk empat orang.

Sekiranya anda membeli belah di Pust I-City, di dalam satu resit anda berbelanja RM300 ke atas, bolehlah menuntut penginapan satu malam percuma di Best Western I-City Shah Alam, Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini