PTPTN harus beri kelonggaran kepada peminjam - Anwar - Utusan Malaysia

PTPTN harus beri kelonggaran kepada peminjam – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) harus memberi kelonggaran sebelum memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara kepada kepada peminjam-peminjam yang gagal melunaskan pembiayaan pendidikan mereka.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sentiasa akan menyokong kehendak rakyat yang majorotinya tidak bersetuju dengan tindakan PTPTN yang dilihat menekan para peminjam.

Atas sebab itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menyarankan kepada urus tadbir PTPTN supaya memberi sedikit ruang kepada para peminjam terutamanya yang masih menganggur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beri sedikit kelonggaran kepada peminjam yang belum dapat pekerjaan, beri ruang sedikit. Saya akan sokong kehendak rakyat dan saya rasa rakyat tidak akan bersetuju dengan apa-apa tindakan yang agak keras.

“Terutamanya dalam kalangan mereka yang belum bekerja. Mereka pinjam tetapi tidak ada kerja, nak tekan lagi sebab apa, itu pandangan saya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Iftar Perdana anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Alumni Kolej Dar al-Hikmah (KDH).

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan hari ini dilaporkan berkata, cadangan menguatkuasakan semula sekatan terhadap peminjam culas merupakan antara idea yang dikemukan pihak berkaitan hasil daripada sesi libat urus yang dijalankan.

Beliau berkata, alasan bagi cadangan tersebut kerana ia berkesan ke atas peminjam PTPTN yang culas tidak membayar pinjaman bertujuan untuk mendisiplinkan mereka.

“Jika melihat kembali kepada isu senarai hitam imigresen ketika nak dimansuhkan, ada pihak bantah kerana berpendapat ia tidak adil kepada pembayar pinjaman yang konsisten.

“Ini kerana mereka yang culas diberikan keistimewaan sebaliknya mereka yang berdisiplin tidak menerima sebarang insentif,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini