KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) sekali lagi kembali menjadi antara dua jenama automotif yang mencatatkan jualan paling laris pada April 2019 apabila jualannya melonjak 75 peratus tahun ke tahun atau 14.1 peratus bulan ke bulan kepada 7,011 unit. Syarikat pembuat kereta nasional itu berada di kedudukan kedua bagi jualan bulanan buat kali pertama sejak Februari 2016. Dalam kenyataan hari ini, Proton berkata prestasi jualan yang kukuh…










