Projek PIL: Kementerian Pendidikan akan bincang dengan kerajaan negeri - Utusan Malaysia

Projek PIL: Kementerian Pendidikan akan bincang dengan kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 17 Mei – Kementerian Pendidikan akan menjalankan perbincangan dengan kerajaan negeri mengenai status sebenar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Ara serta beberapa buah sekolah lain yang dikatakan akan terjejas kerana berada dalam jajaran projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1).

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, perkara itu akan turut dibincangkan bersama dengan Jabatan Pendidikan negeri bagi mendapatkan maklumat sebenar mengenai isu berkenaan.

“Kita akan bincang dengan Jabatan Pendidikan negeri dan kerajaan negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat SKJT) Sungai Ara di sini hari ini.

Projek PIL 1 telah mendapat kelulusan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) dan dijangka dimulakan tahun depan.

Difahamkan, SKJT Sungai Ara serta beberapa buah sekolah lain dikatakan bakal menerima impak kerana berada dalam jajaran projek berkenaan.

PIL 1 adalah jajaran sepanjang 19.5 kilometer bermula di Persiaran Gurney sehingga ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (berdekatan kawasan perindustrian FIZ IV Bayan Lepas). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×