Projek kompos sisa makanan alternatif tempat pelupusan sampah - Utusan Malaysia

Projek kompos sisa makanan alternatif tempat pelupusan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Projek perintis pengomposan sisa makanan dilihat sebagai antara alternatif dalam usaha mengatasi jangka hayat pendek tempat pelupusan sampah di negeri ini.

Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd Nordin berkata, projek perintis itu yang akan dilaksanakan Jun ini, akan membabitkan perkhidmatan kutipan sisa makanan di premis kediaman bertanah dan pusat komersial di Taman Sutera Pulai, dekat sini.

Ia juga diharap dapat mengurangkan penghantaran sisa buangan ke tapak pelupusan, katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program KITAR3cycle dan Kompos Sisa Makanan anjuran SWM Environment Sdn Bhd di Taman Sutera Utama Skudai, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

SWM Environment menyasarkan 50 tan sisa makanan dikutip dalam sebulan iaitu kira-kira 1.7 tan sehari untuk dihantar ke pusat menghasilkan kompos yang kemudiannya diproses menjadi baja kompos.

“Tempoh proses pengomposan itu akan mengambil masa tiga hingga enam bulan, dan daripada 50 tan sisa makanan itu mampu menghasilkan kira-kira lapan tan baja kompos.

“Baja kompos ini akan digunakan semula oleh isi rumah sebagai baja tanaman di kebun sayuran mereka kerana sisa ini tidak keluar dari taman perumahan itu, sebaliknya inisiatif ini dilihat mendokong dasar kerajaan ke arah membentuk komuniti lestari,” kata Mohd Norlisam. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini