Prestasi City luar biasa musim ini - Utusan Malaysia

Prestasi City luar biasa musim ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Mei – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan persembahan Manchester City sangat luar biasa dan sama sekali tidak akan merungut sekiranya pasukan itu merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

City kembali merampas kedudukan pendahulu selepas jaringan Sergio Aguero memastikan City menang 1-0 ke atas Burnley di Turf Moor.

Dengan baki dua perlawanan musim ini, City dilihat semakin hampir mempertahankan kejuaraan dengan mereka akan berdepan Leicester dan Brighton dengan Pep Guardiola mengintai dua kemenangan untuk meranapkan impian Liverpool.

Memuatkan artikel berkaitan…

Klopp bagaimanapun percaya, perebutan kejuaraan akan berakhir pada hari terakhir musim ini tetapi beranggapan persembahan konsisten City membuktikan mereka layak untuk menjadi juara.

“Saya hanya mahu menang permainan kami dan lihat apa akan berlaku.

“Juara mungkin ditentukan pada hari terakhir musim. City akan berdepan Brighton di tempat lawan dan kami akan berdepan Wolverhampton di laman sendiri. Kedua-dua ini bukan perlawanan mudah.

“Brighton masih berjuang dari zon penyingkiran dan Wolves terbukti sebagai pasukan sukar untuk ditewaskan dan bukan lawan yang menyenangkan.

“Jika City menang semua perlawanan mereka, saya hanya mampu ucapkan tahniah. Semudah itu,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini