NEW YORK 4 Mei – Presiden Brazil, Jair Bolsonaro semalam membatalkan rancangan menghadiri makan malam New York selepas beberapa syarikat menarik balik tajaan dengan ribuan orang meminta ia dibatalkan. Makan malam itu dianjurkan Dewan Perdagangan Brazil-Amerika Syarikat pada 14 Mei nanti telah menarik kritikan terhadap Bolsonaro manakala Datuk Bandar New York, Bill de Blasio mengambarkannya sebagai ‘seorang yang berbahaya’. Menurut jurucakap dalam satu kenyataan, Bolsonaro membatalkan rancangan disebabkan ‘penentangan dan serangan daripada Datuk Bandar New York disamping tekanan kumpulan berkepentingan. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya