Prabudass mahu jadi sehebat bapa - Utusan Malaysia

Prabudass mahu jadi sehebat bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mei – Bagi pelari jarak jauh negara K. Prabudass yang kini memegang rekod kedua terpantas Malaysia acara 5,000 meter berkata, bapanya adalah sumber inspirasi.

Bapa Prabudass, G. Krishnan merupakan bekas pemenang pingat perak Sukan SEA dan pelari Malaysia pertama berjaya mencatatkan masa bawah 15 minit bagi acara 5,000m.

Kini Prabudass, pemenang pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 mempunyai potensi besar mengatasi kejayaan bapanya selepas melakukan catatan peribadi terbaik (PB) 14 minit dan 33.10 saat dalam siri kedua Kejohanan Olahraga Universiti Sains Nippon di Kenshidai, Jepun, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini merupakan catatan peribadi terbaik kedua bagi anggota Tentera Laut Diraja berpangkat Lans Koperal itu apabila dia mencatat masa 13:37.52s pada siri pertama kejohanan tersebut bulan lalu yang disertai atas perbelanjaannya sendiri.

Namun demikian, catatan itu masih terlalu jauh berbanding rekod kebangsaan berusia 25 tahun, dilakukan bekas jaguh jarak jauh negara M. Ramachandran, 14:06.84s, di Troisdorf, Jerman pada Ogos 1994.

Bagaimanapun pelari berusia 29 tahun dari Negeri Sembilan itu, berpeluang memenangi pingat emas Sukan SEA Filipina 2019, kerana catatan terkini itu lebih baik daripada 14:55.15s yang dicatatkan Nguyen Van Lai dari Vietnam yang mempertahankan pingat emasnya pada edisi 2017 yang mana Prabuddas memenangi pingat Perak (14:57.43s).

Bagi Prabuddass dia tidak mahu berpuas hati dengan pencapaian terkininya tetapi mahu berusaha lebih kuat dan mengekalkan prestasi terbaik untuk kejohanan dwitahunan bermula dari 30 November hingga 11 Disember.

“Saya gembira dengan prestasi saya mencatatkan masa peribadi terbaik saya dua kali dalam masa tiga minggu. Saya perlu berbincang dengan jurulatih saya (Jean-Pierre Lautredoux) mengenai kejohanan yang akan datang dan perkara yang saya boleh perbaiki.

“Masih agak jauh lagi ke Sukan SEA, jadi saya mahu menumpukan kepada latihan, dan terus memperbaiki masa saya. Memenangi pingat emas adalah tugas berat, kerana ada ramai pelari dari Vietnam dan Indonesia yang akan memberikan saingan hebat.

“Bapa saya adalah idola saya, dan dialah sebab untuk saya menjadi pelari jarak jauh. Dia bekas pemegang rekod kebangsaan dalam acara 5,000m, dan pelari Malaysia pertama mencatatkan masa di bawah 15 minit,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Jepun. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini