Prabowo ketuai demonstrasi selepas solat Jumaat palsu - BPN - Utusan Malaysia

Prabowo ketuai demonstrasi selepas solat Jumaat palsu – BPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 24 Mei – Tular dalam media sosial dakwaan pasangan calon Presiden nombor dua, Prabowo Subianto-Sandiaga Uno akan mengetuai demonstrasi dengan tema Kedaulatan Rakyat hari ini.

PRABOWO SUBIANTO

Maklumat tersebut tersebar melalui aplikasi WhatsApp sejak semalam namun Badan Pemenangan Nasional (BPN), Prabowo-Sandiaga menafikan akan ada tunjuk perasaan sebagaimana maklumat itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tinjauan Kompas.com mendapati, demonstrasi itu didakwa akan diadakan di Masjid Al-Azhar pada pukul 2 petang selepas solat Jumaat.

Berikut isi maklumat tersebut:

Insya Allah esok Jumat (24/5/2019) akan berlanjut….peserta aksi akan bertambah, info lapangan:

1. Presiden Prabowo-Sandi insyaAllah besok akan turun, bergerak dari masjid Al Azhar.

2. Ust. Bernard insyaAllah akan tetap memimpin sebagai Komando.

3. FPI didukung para jawara akan turun kembali dengan menambah jumlah.

4. Peserta dari luar daerah insyaAllah bertambah sedangkan yang sudah datang hari ini bermalam di hotel sekitar mahupun di masjid-masjid atau di sekitar lokasi.

5. Besok Jumat 24/5/2019 seluruh Purn. Jend. turun dukung aksi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini