JAKARTA – Calon Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2019) yang diumumkan kalah oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU), Prabowo Subianto mencabar keputusan itu di Mahkamah Konstitusi Indonesia semalam. Prabowo menerusi peguamnya, Bambang Widjojanto memfailkan petisyen ke mahkamah pada pukul 10.43 malam semalam. Mahkamah Konstitusi dibuka hingga pukul 12 tengah malam tadi, untuk masa dan tarikh akhir kemukakan bantahan Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu 2019). KPU memberikan tempoh selama 72 jam kepada pihak…










