PPM lumpuhkan sindiket seludup rokok putih - Utusan Malaysia

PPM lumpuhkan sindiket seludup rokok putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya melumpuhkan kegiatan sindiket penyeludupan rokok putih jenama Zhongnanhai apabila menahan seorang lelaki dan merampas 64,000 peket bernilai RM645,120. 

Dalam serbuan serbuan di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) di sini malam semalam pada pukul 11.35 malam itu, lelaki yang ditahan merupakan warga tempatan berusia 33 tahun.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khui Khon Chiang berkata, ketika kejadian, sepasukan anggota PPM berjaya mengesan sebuah lori tiga tan dalam keadaan mencurigakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika serbuan, lori tersebut diletakkan di tepi Jalan Bendehara 9, TUTA dan pihak kita melakukan intipan selama 10 minit sebelum suspek menghampiri kenderaan terbabit.

“Kita terus menyerbu dan menahan lelaki terbabit sebelum mengarahkan suspek membuka pintu bahagian belakang lori berkenaan lalu menjumpai 128 kotak mengandungi 64,000 peket rokok putih,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khon Chiang berkata, hasil siasatan awal mendapati rokok putih itu didakwa tidak bercukai selain disyaki diseludup dari negara jiran melalui jalan darat.

Jelasnya, bekalan rokok itu juga dipercayai dibawa dari negara China untuk dipasarkan kepada pekerja warganegara berkenaan yang bekerja di dalam pelbagai sektor di negeri ini.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini