Polis tahan tiga lelaki, rampas pistol dan 1,751 kg daun ketum - Utusan Malaysia

Polis tahan tiga lelaki, rampas pistol dan 1,751 kg daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH – Polis merampas sebanyak 1,751 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM26,280 dan sepucuk pistol selain menahan tiga lelaki serta sepucuk pistol dalam dua kes berasingan di Jeli dan Pasir Mas semalam. 

Dalam kejadian pertama kira-kira pukul 6 pagi, polis menahan sebuah lori jenis Hicom yang dinaiki dua lelaki di Kampung Baru Jeli.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, hasil pemeriksaan menemui 173 bungkusan plastik hitam yang mengandungi 1,751 kg daun ketum serta satu botol lutsinar berisi cecair perang disyaki air ketum.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki yang berusia 25 tahun dan 35 tahun.

“Berdasarkan siasatan awal, bekalan daun ketum berkenaan diperolehi dari Sik, Kedah dan untuk diedarkan di sekitar Pasir Mas.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan kedua-dua suspek telah dituduh di mahkamah hari ini sebelum dibebaskan dengan jaminan mahkamah RM17,000 setiap seorang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di sini hari ini.

Sementara itu, Hasanuddin berkata, pada pukul 12 tengah malam semalam, seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan telah menemui sepucuk pistol warna perak, sarung pistol hitam, kelopak bertulis colt 380 Auto, tiga biji peluru, tiga bilah parang, satu helai baju hujan milik PDRM serta bungkusan plastik lutsinar disyaki berisi 15 liter air ketum.

“Hasil saringan air kencing ke atas suspek yang tidak bekerja itu mendapati positif dadah jenis amphetamine.

 “Kita siasat kes ini mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan kes jenayah mengikut Akta Senjata Api,” katanya.

Tambah beliau,  lelaki berkenaan direman selama enam hari bermula semalam sehingga 31 Mei ini. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini