Polis tahan lelaki terlibat pembunuhan perunding majlis - Utusan Malaysia

Polis tahan lelaki terlibat pembunuhan perunding majlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warganegara tempatan yang disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang perunding majlis di sebuah apartmen di Residensi Bestaria, Dataran Ukay, Ampang pada 12 Mei lalu telah ditahan polis semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, penahanan tersebut dilakukan kira-kira pukul 1 petang oleh sepasukan anggota polis daripada Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, bertindak atas maklumat awam.

”Lelaki berusia 25 tahun ditahan di sebuah pangsapuri di Ukay Perdana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang hari ini dan perintah reman dibenarkan selama tujuh hari sehingga 28 Mei ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 12 Mei lalu, seorang lelaki berusia 33 tahun ditemui maut dengan kesan tikaman pada perut dan dadanya di sebuah kondominium di Jalan Ukay Bestari, Ukay Perdana Ampang.

Mangsa ditemui mati dengan kesan tikaman pada bahagian dada dan perut oleh rakannya kira-kira pukul 1 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd. Zaid Hassan sebelum ini berkata, berdasarkan siasatan awal polis, hutang dipercayai menjadi motif kepada pembunuhan itu, namun siasatan mengenainya masih dijalankan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini