Polis tahan ahli NGO disyaki bakar kilang di Sungai Petani - Utusan Malaysia

Polis tahan ahli NGO disyaki bakar kilang di Sungai Petani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seorang ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran sebuah kilang kitar semula di Jalan Bakar Arang, Sungai Petani pada 18 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan pada 10 malam tadi di sebuah restoran di Taman Mutiara Indah di Sungai Petani.

“Lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes khianat kebakaran kilang berkenaan dan ditahan reman selama enam hari sehingga 15 Mei ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pada 18 April itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sungai Petani menerima panggilan kecemasan pada 4.30 pagi berkaitan kebakaran sebuah kilang kelas A yang melibatkan longgokan bahan kitar semula plastik.

Sebelum ini, pihak kilang mendakwa kebakaran berpunca daripada perbuatan khianat selepas pihak tertentu menuduh kilang terbabit beroperasi secara haram dan menyebabkan berlakunya pencemaran di kawasan sekitar. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini