Polis siasat bapa cuba pajak bayi - Utusan Malaysia

Polis siasat bapa cuba pajak bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI – Seorang bapa disiasat polis kerana membuat gurauan untuk menggadai bayi lelakinya kepada pemilik sebuah premis pajak gadai di Florida, Amerika Syarikat.

Polis menyatakan Ri­chard Slocum membawa bayi itu masuk ke kedai berkenaan lalu meletakkannya di atas kaunter. Dia kemudiannya berta­nya berapa banyak wang yang boleh diberikan kepadanya untuk anak berusia tujuh bulan itu.

“Ini sahaja yang saya ada. Dia jarang digunakan dan ber­umur tujuh bulan setengah, anda rasa beberapa nilai dia?” katanya kepada pemilik kedai itu, Richard Jordan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bapa itu kemudiannya memberitahu polis, dia cuma membuat gurauan tetapi pemilik premis tidak menganggap ia sesuatu yang melucukan lalu menghubungi polis.

“Dia tampak serius mengenainya. Dia memusingkan bayinya dan bertanya, boleh KE saya pajak ini,” kata Jordan kepada sebuah stesen televisyen.

“Slocum dakwa dia hanya bergurau dengan kerani premis dan me­rancang untuk memuat naik video itu ke media sosial,” kata polis dalam satu kenyataan.

Slocum menghubungi pihak berkuasa selepas mendapat tahu bahawa polis cuba menjejaki individu yang mahu menggadai anaknya.

Polis mengesahkan bayi itu selamat dan pihaknya sudah menghubungi perkhidmatan sosial berhubung isu itu.

“Buat masa ini, siasatan tidak membabitkan tuduhan jenayah,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini