Polis Indonesia benarkan demonstrasi sehingga selesai solat tarawih - Utusan Malaysia

Polis Indonesia benarkan demonstrasi sehingga selesai solat tarawih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 21 Mei – Polis membenarkan demonstrasi, Aksi 22 Mei esok sehingga selesai solat tarawih berbanding pukul 6 petang mengikut Undang-Undang Nombor 9 1998.

Detik News melaporkan, Ketua Biro Penerangan Masyarakat Divisyen Hubungan Masyarakat, Brigadier Jeneral Dedi Prasetyo berkata, had masa diberikan sehingga selesai solat sunat berkenaan.

Katanya, peserta demonstrasi esok juga diminta tidak mengganggu hak dan kebebasan masyarakat lain disamping keselamatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika ia tidak dipatuhi dan masa diberikan dilanggar, maka polis dapat menyuraikan perhimpunan itu.

“Mereka juga dilarang menginap di lokasi perhimpunan, ditegaskan tidak boleh,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini