Polis gempur pusat judi online - Utusan Malaysia

Polis gempur pusat judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis berjaya membongkar kegiatan satu sindiket judi online yang didalangi warganegara China dalam serbuan di sebuah bangunan pejabat 25 tingkat di Jalan Tebrau di sini malam tadi.

Serbuan yang dijalankan pada pukul 10 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D-7 Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berjaya menahan 123 ahli sindiket warganegara China termasuk 14 wanita berusia 14 hingga 47 tahun.

Pegawai Turus Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D-7, IPK Johor, Deputi Superintendan Mohd. Zairi Badderul berkata, kegiatan sindiket yang berpangkalan di China itu dipercayai aktif menjadikan sebuah pejabat di tingkat 18 bangunan setinggi 25 tingkat itu sebagai pusat panggilan sejak sebulan yang lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kita berjaya menghidu kegiatan mereka kira-kira dua minggu lalu sebelum melakukan risikan dan siasatan terperinci dan malam tadi kita gembur habis-habisan.

“Hasilnya kita berjaya memberkas 109 lelaki dan 14 wanita warganegara China yang disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian atas talian yang dikenali Lucky 28 menggunakan beberapa laman web termasuk d.kingdou.cn, www.pcdd.in serta www28t.com,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan awal pagi tadi.

Bangunan pejabat di Jalan Tebrau itu terletak berhadapan dengan IPK Johor iaitu kira-kira 500 meter.

Mohd. Zairi berkata, kesemua yang ditahan  tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah adalah pekerja yang mencari pelanggan dengan memperdaya mangsa sehingga jatuh cinta sebelum memerangkap mangsa menyertai judi secara online menerusi aplikasi wechat.

Siasatan juga mendapati sindiket berkenaan menjadikan warga China sebagai mangsa mereka dan pembayaran juga dibuat menggunakan matawang China.

Beliau berkata, dalam serbuan itu polis merampas 118 buah komputer riba, 287 telefon bimbit dan 77 buah buku yang mengandungi skrip penipuan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Sek 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah. – K! ONLINE
 

– K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini