Polis ambil tindakan tegas terhadap individu milik, jual mercun - Utusan Malaysia

Polis ambil tindakan tegas terhadap individu milik, jual mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memilik, menyimpan, menggunakan atau menjalankan urusniaga menjual mercun dan bunga api tanpa kebenarakan pihak polis. 

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, individu yang didapati melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 74 hingga 78 Peraturan-peraturan Bahan Letupan 1923.

“Menjelang musim perayaan ini, kita melarang mana-mana individu memiliki, menyimpan, menggunakan atau berniaga mercun dan bunga api kecuali apa yang dibenarkan sahaja. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mercun dan bunga api yang dibenarkan adalah jenis ‘pop-pop’ dan ‘happy boom’ seperti mana spesifikasi yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini