Pogba berkunjung ke Mekah sempena Ramadan - Utusan Malaysia

Pogba berkunjung ke Mekah sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 Mei – Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba mengambil kesempatan bersempena bulan Ramadan untuk mengujungi Mekah.

Bintang antarabangsa Perancis itu berkunjung ke Mekah sejak dua kempen Liga Perdana Inggeris yang lalu. Pogba, yang mungkin meninggalkan Old Trafford, musim panas ini, pergi ke kota suci itu bersama pemain pertahanan Chelsea, Kurt Zouma.

Pemain itu memuat naik gambarnya di Arab Saudi berserta kapsyen: “Jangan sesekali lupa keutamaan yang perlu kita beri dalam kehidupan.”

Memuatkan artikel berkaitan…

Pogba sebelum ini pernah berkunjung ke Mekah untuk menunaikan fardu Haji, yang biasanya disempurnakan oleh penganut agama Islam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Pogba telah memanfaatkan sewaktu musim berehat untuk beribadat, berbanding terbang ke lokasi percutian yang sering menjadi tumpuan pemain bola sepak, seperti Las Vegas dan Ibiza.

Dia dijangka berada di dalam skuad kebangsaan Perancis bagi aksi kelayakan Euro 2020, bulan depan, sebelum membuat keputusan tentang masa depannya bersama kelab itu.

Pogba menjadi sasaran bos Real Madrid, Zinedine Zidane dan pemain tengah itu tidak pernah menyembunyikan hasratnya untuk berpindah ke Bernabeu.

Difahamkan, gaji Pogba menjadi halangan terbesar untuk rundingan tersebut dilaksanakan, memandangkan pemain tengan itu menerima pendapatan kira-kira 13 juta pound (RM69 juta) setahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini