PNTM: Tiada caj jika gagal buat jualan - Utusan Malaysia

PNTM: Tiada caj jika gagal buat jualan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 19 Mei – Peserta Program Niaga Tanpa Modal (PNTM) anjuran Pertubuhan Wanita Anggun Malaysia (Anggun) tidak perlu bimbang jika gagal membuat jualan dalam tempoh masa ditetapkan iaitu 14 hari.

Presiden Anggun, Datin Faridah Ahmad berkata, sekiranya gagal, peserta tidak perlu risau kerana produk itu hanya perlu dikembalikan dalam keadaan baik dan sempurna tanpa perlu membayar apa-apa melainkan bayaran pos laju.

“Peserta boleh memohon untuk menukar produk jualan setelah mengembalikan produk yang asal untuk meneruskan usaha berniaga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggun akan membimbing dan berkongsi dengan peserta dari semasa ke semasa berhubung strategi pemasaran hingga berjaya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Faridah berkata, PNTM adalah inovasi mencipta keuntungan yang menggabungkan tiga elemen penting iaitu mentor, sistem dan komuniti.

Jelasnya, program PNTM terbuka kepada pemohon wanita, berusia 18 tahun ke atas dan merupakan warganegara Malaysia.

“Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui aplikasi disediakan, pemohon perlu mengisi maklumat yang dikehendaki dan perlu menunggu pengesahan sama ada permohonan diterima atau ditolak,” katanya.

Menurutnya, jika berjaya, pemohon perlu menjelaskan yuran yang dikenakan pada kadar RM50 untuk setahun.

“Mereka yang berminat menyertai PNTM boleh menghubungi talian 014-3371010 untuk bantuan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini