PARIS 20 Mei – Karolina Pliskova mendaki lima anak tangga dalam ranking WTA, hari ini, untuk menghuni tempat kedua selepas menjuarai kejohanan tenis Terbuka Itali, hujung minggu lalu, dengan kedudukan No. 1 dunia yang masih kekal menjadi milik Naomi Osaka berada dalam sasaran pemain Republik Czech itu.
Pliskova, 27, menyingkirkan pemain Britain, Johanna Konta untuk memenangi gelaran WTA yang ke-13 di Rome.
Pemain itu akan diletakkan selaku pilihan kedua pada Terbuka Perancis, yang bermula Ahad ini dalam usahanya memperbaiki pencapaian pada penyertaannya di Roland Garros setelah mara sehingga ke separuh akhir pada 2017.
Osaka masih mendahului ranking dunia, namun, juara bertahan Terbuka Perancis, Simona Halep jatuh ke anak tangga ketiga. Lonjakan kedudukan Pliskova, turut menyaksikan pemenang tiga kali Grand Slam, Angelique Kerber serta Petra Kvitova masing-masing jatuh dua dan satu anak tangga.
Serena Williams pula kembali ke dalam kelompok 10 terbaik dunia selepas bermain dalam perlawanan pertamanya sejak Mac lalu di Itali, meskipun pemain itu terpaksa menarik diri sebelum jadual perlawanan pusingan kedua menentang kakaknya, Venus. – AFP
KEDUDUKAN RANKING 20 TERBAIK DUNIA
==================================
1. Naomi Osaka (JPN) 6,486 pts
2. Karolina Pliskova (CZE) 5,685 (+5)
3. Simona Halep (ROU) 5,533 (-1)
4. Kiki Bertens (NED) 5,405
5. Angelique Kerber (GER) 5,095 (-2)
6. Petra Kvitova (CZE) 5,055 (-1)
7. Sloane Stephens (USA) 4,552 (+1)
8. Ashleigh Barty (AUS) 4,430 (+1)
9. Elina Svitolina (UKR) 3,967 (-3)
10. Serena Williams (USA) 3,521 (+1)
11. Aryna Sabalenka (BLR) 3,500 (-1)
12. Anastasija Sevastova (LAT) 3,136 (+1)
13. Caroline Wozniacki (DEN) 3,063 (-1)
14. Madison Keys (USA) 2,965
15. Belinda Bencic (SUI) 2,893
16. Wang Qiang (CHN) 2,815 (+1)
17. Anett Kontaveit (EST) 2,565 (-1)
18. Julia Goerges (GER) 2,520
19. Garbine Muguruza (ESP) 2,465
20. Elise Mertens (BEL) 2,305











