Pizarro sambung kontrak pada usia 41 tahun - Utusan Malaysia

Pizarro sambung kontrak pada usia 41 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 18 Mei – Penyerang veteran Peru, Claudio Pizarro yang bakal menginjak usia 41 tahun pada 3 Oktober ini, menandatangani penyambungan kontrak setahun bersama kelab Jerman, Werden Bremen.

Itu bermakna, Pizarrio bakal memasuki musim ke-21 dalam saingan bola sepak Eropah, sekali gus menjadikannya antara pemain paling cemerlang.

“Kami mencapai persetujuan dengan Claudio dan kontrak akan ditandatangani dalam beberapa hari ini,” kata Pengarah Sukan Bremen, Frank Baumann dalam satu kenyataan, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pizarro mula menyarung jersi Bremen pada 1999, sebelum menyertai Bayern Munich pada 2001, diikuti kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dari 2007 hingga 2009.

Dia kemudian kembali ke pangkuan Bremen dari 2008 hingga 2012, sebelum menyarung semula jersi Bayern dari 2012 hingga 2015.

Selepas menyertai FC Koin dari 2017 hingga 2018, Werder kembali ke Bremen pada 2018 dan kelab itu dijangka menjadi destinasi terakhirnya sebelum bersara.

“Saya selalu berkata, saya akan biarkan badan saya menentukan sama ada saya masih boleh bermain atau tidak.

“Ketika ini saya cukup bersedia untuk mengharungi setahun lagi di Werder,” kata Pizarro. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini