KUANTAN 2 Mei – Hasrat seorang pereka di daerah ini membuat pinjaman peribadi untuk dijadikan modal perniagaannya tidak kesampaian apabila dia kerugian RM18,560 ditipu sindiket pinjaman wang tidak wujud. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 19 April lalu, mangsa berusia 30 tahun mencari iklan pinjaman wang di laman sosial Facebook bagi membuat pinjaman peribadi untuk dijadikan modal perniagaan. Katanya, mangsa tertarik dengan tawaran…










