Pinjaman tidak wujud: Guru rugi RM11,170 - Utusan Malaysia

Pinjaman tidak wujud: Guru rugi RM11,170

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 21 Mei – Seorang guru wanita terpaksa berputih mata apabila kerugian RM11,170 akibat ditipu sindiket pinjaman wang tidak wujud menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 17 Mei lalu, semasa berada di rumahnya di daerah ini, guru berusia 32 tahun berkenaan melayari laman sosial Facebook dan tertarik dengan iklan pinjaman wang peribadi.

Keesokkan harinya, katanya, mangsa menerima mesej daripada seorang ejen sebuah syarikat yang menawarkan pinjaman peribadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa bersetuju membuat pinjaman sebanyak RM10,000. Bagi mendapatkan wang itu, mangsa membuat pelbagai pembayaran semalam dengan jumlah pembayaran sebanyak RM11,170 iaitu enam kali tranksaksi ke tiga akaun yang berbeza.

“Setelah membuat bayaran, mangsa diminta lagi membuat lain-lain pembayaran. Mangsa berasa pelik dan rasa tertipu telah mengalami keruian sebanyak RM11,170,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, menyedari dirinya ditipu, guru wanita itu membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) semalam.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini