MEMBACA. Lebih 30,000 orang mengunjungi Pesta Buku Negeri Perak 2019 yang berlangsung di pusat beli-belah Mydin Meru Raya, Ipoh, Perak baru-baru ini. Pesta anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANP) itu menyediakan kira-kira 50 gerai jualan bahan bacaan untuk pelbagai peringkat umur. Program yang berlangsung selama lima hari itu dirasmikan oleh isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi diiringi Pengarah PPANP, Mohammad Nazari Abdul Hamid.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya