BESUT – Penduduk Kampung Tok Has, Jerteh di sini hari ini gempar selepas seorang perunding perkahwinan berusia 27 tahun terbakar di dalam kereta Proton Persona miliknya yang diletakkan di tapak pasar malam perkampungan terbabit. Dalam kejadian pada pukul 12.13 tengah hari itu, lelaki terbabit dipercayai sanggup datang dari Kota Bahru, Kelantan semata-mata untuk membakar diri dalam kejadian yang disyaki bermotifkan bunuh diri. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, kejadian itu telah menggemparkan beberapa penduduk kampung yang kebetulan melalui lokasi tersebut sebelum memaklumkannya kepada Balai Polis Jerteh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya