Perunding majlis maut dibunuh - Utusan Malaysia

Perunding majlis maut dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mei – Seorang perunding majlis ditemukan maut di rumahnya di Residensi Bestaria, Jalan Ukay Perdana, Dataran Ukay Perdana, Ampang dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa berusia 33 tahun ditemukan maut terlentang dengan terdapat kesan tikaman pada bahagian dada dan perutnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian oleh rakan mangsa kira-kira pukul 1.06 minit pagi.

Ujarnya, rakan mangsa memaklumkan telah menemukan mangsa tidak sedarkan diri dengan berlumuran darah.

“Mangsa yang maut kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untu proses bedah siasat,

“Siasatan lanjut masih dijalankan dibantu Unit anjing pengesan polis (K9) untuk melakukan kerja-kerja mencari bukti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zaid, kes tersebut di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×