Perkukuh barisan panel syariah - Utusan Malaysia

Perkukuh barisan panel syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Wasiyyah Shoppe Bhd. (Wasiyyah Shoppe), syarikat amanah patuh syariah yang berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 yang mengkhusus di dalam industri perancangan harta serta pengurusan pusaka secara syariah, mengumumkan pelantikan Datuk Seri Dr. Yusup Che Teh sebagai Pengerusi Panel Syariahnya yang baharu.

Panel syariah merupakan antara komponen teras operasi syarikat.

Ia berfungsi untuk mengawal selia proses pembangunan dan operasi produk dan perkhidmatan baharu dan sedia ada, pembangunan dan semakan format dokumen berdasarkan undang-undang semasa serta memastikan kepatuhan syariah segala aspek produk dan perkhid­matan serta operasi syarikat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Wasiyyah Shoppe, Yusup akan menggantikan Ridzuan Awang yang bersara atas sebab kesihatan.

“Kami berkeyakinan terhadap pengalaman luas Yusup sebagai hakim Mahkamah Syariah dan pengetahuan undang-undang syariah yang dimilikinya akan dapat menyumbang secara signifikan kepada pemantapan aspek pelaksanaan dan kepatuhan syariah syarikat berse­suaian dengan kedudukannya sebagai syarikat amanah patuh syariah,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan di sini semalam.

Ahli panel syariah Wasiyyah Shoppe yang lain ialah Dr. Mohd. Zamro Muda, Dr. Noor Lizza Mohd. Said, Prof. Madya Dr. Nasrul Hisham Nor Muhammad, Dr. Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani dan Sulaiman Kadimi.

Yusup merupakan lulusan doktor falsafah ( PhD ) Syariah daripada Universiti Islam Ne­geri Sultan Syariff Kasim, Riau, Indonesia dan berpengalaman lebih dari 30 tahun bertugas sebagai pegawai dan hakim Mahkamah Syariah.

Jawatan terakhir beliau sebelum bersara ialah sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Putrajaya.

Beliau juga aktif meme­gang tanggungjawab di dalam Jawatankuasa Jurnal Hukum Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jawatankuasa Kecil Biasiswa Yayasan Al-Bukhary dan Pengerusi Panel Syariah Co-op Bank Pertama.

Yusup mula terlibat secara aktif dalam proses pembangunan produk dan perkhidmatan di Wasiyyah Shoppe apabila dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Panel Syariah pada awal 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini