Perkim Besut rai masyarakat Orang Asli Sungai Sayap - Utusan Malaysia

Perkim Besut rai masyarakat Orang Asli Sungai Sayap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 25 Mei – Mengambil kira komitmen serta kecaknaan terhadap golongan sasar dalam bulan Ramadan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Besut tidak sekali-kali meminggirkan masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Sayap, Hulu Besut, dekat sini.

Semalam, Perkim Besut menyantuni etnik minoriti Batek itu dengan majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan makanan keperluan harian kepada komuniti itu.

Seramai 32 Orang Asli daripada 10 keluarga di perkampungan itu diraikan sempena Ziarah Ramadan yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad yang juga Penasihat Perkim Besut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Perkim Besut, Anuar Hassan berkata, program tahunan itu bertujuan me­ngukuhkan ukhuwah dengan masyarakat Orang Asli selain membantu kerajaan mengembang dan memantapkan gerakan dakwah Islam kalangan komuniti itu di perkampungan Sungai Sayap.

Keluarga Orang Asli  bersiap sedia untuk berbuka puasa sempena program Ziarah Ramadan di Perkampungan Orang Asli Sungai Sayap, Hulu Besut, Terengganu semalam.

“Selain program yang sentiasa diadakan untuk saudara baharu, Perkim Besut juga memberi ruang dengan mengadakan aktiviti kepada masyarakat Orang Asli di situ, satu-satunya yang terdapat di daerah Besut.

“Perkim Besut berhasrat meneruskan lebih banyak program untuk masyarakat Orang Asli ini dengan penglibatan lebih banyak pihak untuk tampil menyumbang dan bekerjasama dengan Perkim, “ ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini