MELAKA – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri mengeluarkan kompaun sebanyak RM13,500 terhadap 18 perusahaan dalam serbuan Op Kesan Bersama EPF di sekitar Melaka Tengah di sini hari ini. Operasi selama empat jam bermula pukul 10.15 pagi itu melibatkan seramai 40 penguat kuasa Perkeso dan lapan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang melakukan pemeriksaan secara berasingan mengikut kawasan sasaran di Ayer Keroh, Bukit Baru dan Bukit Katil. Pengarah Perkeso Melaka,…










