MELAKA 2 Mei – Sebanyak 18 buah premis dan syarikat perusahaan dikenakan kompaun berjumlah RM13,500 dalam serbuan operasi Op Kesan yang diadakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri di sekitar Melaka Tengah hari ini. Operasi selama empat jam bermula pukul 10 pagi itu melibatkan sejumlah 40 anggota penguat kuasa Perkeso dan lapan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) negeri. Pemeriksaan diadakan mengikut beberapa kawasan sasaran antaranya di sekitar Ayer Keroh,…










