Perbaharui lesen dengan 'JPJ Mobile WPKL' di Jakel Mall hari ini - Utusan Malaysia

Perbaharui lesen dengan ‘JPJ Mobile WPKL’ di Jakel Mall hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Orang ramai boleh memperbaharui lesen memandu dan lesen kenderaan motosikal (LKM) menggunakan perkhidmatan kaunter ‘JPJ Mobile WPKL’, di Jakel Mall, Jalan Munshi Abdullah di sini, hari ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumput (WPKL) memaklumkan, pihaknya menempatkan sebuah van JPJ yang mengendalikan perkhidmatan itu bermula semalam hingga hari ini.

“Selain boleh memperbaharui lesen, orang ramai juga berpeluang membuat pemeriksaan motosikal secara percuma bagi LKM yang telah tamat tempoh melebihi setahun dan semakan senarai hitam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkhidmatan yang disediakan ini sebagai kemudahan untuk orang ramai tanpa perlu ke pejabat JPJ,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini