Peraturan cermin gelap bahagian penumpang dan belakang kenderaan kekal - Utusan Malaysia

Peraturan cermin gelap bahagian penumpang dan belakang kenderaan kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 9 Mei – Peraturan baharu cermin gelap bagi bahagian sisi penumpang dan belakang kenderaan dikekalkan walaupun dibantah pelbagai pihak termasuk polis, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, pihaknya menghormati pandangan Polis Diraja Malaysia dalam soal risikan dan keselamatan, namun pindaan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak termasuk polis.

Cermin gelap
 

Berkuatkuasa semalam (8 Mei), penggunaan cermin gelap tanpa had atau gelap sepenuhnya dibenarkan pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan. Peraturan sebelum ini menetapkan kadar ketelusan cahaya tampak pada 30 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berikutan itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias dilaporkan berkata peraturan baru cermin gelap itu boleh menyukarkan tugas penguatkuasaan.

“Dari segi penguatkuasaan dan mekanisme untuk menguatkuasakan peraturan baharu ini, Ketua Pengarah JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) (Datuk Seri Shaharuddin Khalid) akan berbincang dengan pihak polis khususnya polis trafik untuk menguatkuasakan peraturan baharu ini,” katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini