Perak selaras yuran PBT syarikat telekomunikasi - Utusan Malaysia

Perak selaras yuran PBT syarikat telekomunikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 14 Mei – Kerajaan negeri bersetuju untuk menyelaraskan yuran berbeza yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak kepada syarikat telekomunikasi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya juga sedang mengkaji cadangan penyelarasan semula yuran yang dikenakan terhadap pelbagai kategori tanah termasuk tanah rizab dan tanah kerajaan agar ia tidak membebankan syarikat telekomunikasi.

“Langkah ini penting supaya pada akhirnya, mereka dapat mengurangkan kos dan pengguna tidak perlu membayar lebih untuk perkhidmatan telekomunikasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, kita juga mencari jalan tengah antara kerajaan negeri, PBT dengan dibantu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya dapat disegerakan proses pembinaan menara telekomunikasi di Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Majlis Penasihat Telekomunikasi dan Multimedia peringkat negeri di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

Sementara itu, Hasnul Zulkarnain berkata, pihaknya sedang mencari formula terbaik supaya kerajaan negeri dapat memperoleh sedikit pulangan daripada industri telekomunikasi.

Selain itu katanya, kerajaan negeri juga akan berusaha untuk memastikan capaian liputan jalur lebar 4G/LTE dapat diakses sepenuhnya di seluruh daerah Kinta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini