Peraga anak angkat macam hamba - Utusan Malaysia

Peraga anak angkat macam hamba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO 24 Mei – Satu majlis peragaan kanak-kanak untuk dijadikan anak angkat di sebuah pusat beli belah di Brazil menerima kecaman pelbagai pihak yang me­nyamakan tindakan itu seperti menjual haiwan atau hamba.

Lapor Channel News Asia, program ‘Adoption on the Catwalk’ diadakan di pusat beli belah Pantanal dekat Cuiaba, Mato Grosso yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Belia dan Kanak-kanak, Persatuan Peguam Brazil dan Persatuan Penyelidikan dan Sokongan Anak Angkat (AMPARA).

Peragaan itu bertujuan untuk menampilkan kanak-kanak dan belia yang berpotensi untuk diambil sebagai anak angkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan perasaan. Ini adalah malam bagi keluarga angkat untuk mengenali kanak-kanak dan remaja ini,” kata Presiden CYC, Tatiane de Barros Ramalho di sini baru-baru ini.

Gambar tidak bertarikh yang disiarkan portal berita G1 me­maparkan seorang kanak-kanak perempuan memakai t-shit putih dan skirt pendek merah jambu berjalan di hadapan penonton yang merakam imej mereka dengan telefon pintar masing-masing.

Berita itu mencetuskan kemarahan dalam media sosial namun pihak penganjur terus mempertahankan tindakan mereka kerana menyifatkan kanak-kanak dan remaja itu tidak dipaksa untuk mengambil bahagian.

Persatuan Peguam Mato Grosso di Brazil (OAB-MT) dalam satu kenyataan di Facebook memberitahu, bukan menjadi matlamat mereka untuk memperkenalkan kanak-kanak dan remaja kepada keluarga untuk dijadikan anak angkat.

Namun beliau mengaku, dua remaja telah dijadikan sebagai anak angkat menerusi program yang diadakan tiga tahun lalu itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini