Penunggang motosikal parah terbabas - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal parah terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 1 Mei – Seorang lelaki cedera parah selepas motosikalnya terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira 6 meter di Jalan Sepang – Lukut di sini pagi tadi.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, S. Maniam, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada pukul 4.23 pagi.

Katanya, seramai lapan pegawai dan anggota bomba bersama dua jentera dikerahkan memberi bantuan dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 4.55 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dan motosikal jenis Yamaha ZR 250 ditemukan di dalam gaung kira-kira 6 meter.

“Anggota bomba berjaya mengangkat mangsa yang kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini