Penjual burger maut bertembung lori rosak - Utusan Malaysia

Penjual burger maut bertembung lori rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Seorang penjual burger maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 23.5 Lebuh Raya Maju Expressway (Mex) arah dari Kuala Lumpur menghala ke Putrajaya dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kejadian pada pukul 6.15 pagi itu menyebabkan mangsa, Muhamad Zaki Ahmad, 42, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Putrajaya.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa melanggar bahagian belakang lori yang berada di lorong kecemasan ekoran tayar sebelah kirinya pecah,” katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, kemalangan yang berlaku juga menyebabkan kerosakan pada bahagian belakang sebelah kanan lori tersebut.

“Kenderaan ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jenazah mangsa yang berasal dari Presint 9, Putrajaya dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×