Penjawat awam di Melaka akan diberikan bonus Aidilfitri - Utusan Malaysia

Penjawat awam di Melaka akan diberikan bonus Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seramai 5,300 penjawat awam di negeri ini bakal menerima bonus Aidilfitri sebanyak RM1, 000 yang akan dibayar bersama gaji bulanan pada 23 Mei ini.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, bonus tersebut adalah bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri bagi membolehkan penjawat awam melakukan persiapan awal sambutan perayaan Aidilfitri. 

“Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM5.3 juta bagi tujuan pembayaran bonus tersebut. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berharap bantuan ini dapat meringankan beban golongan penjawat awam membuat persiapan sambutan Aidilfitri yang menjelang tiba,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Ihya Ramadan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Masjid Ar-Rahmah, Kampung Tun Razak, Bukit Katil hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini