Penjawat awam bakal dapat bonus hari raya - Utusan Malaysia

Penjawat awam bakal dapat bonus hari raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi jaminan penjawat awam bakal menikmati bantuan khas atau bonus sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah yang akan diberikan dan bila bayaran tersebut dibuat.

“Ada. Kita akan isytihar nanti,” katanya ringkas kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkara tersebut ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-48 di Spice Arena, Bayan Baru di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini