SAN FRANCISCO 14 Mei – Kecacatan keselamatan WhatsApp membenarkan pengodam meletakkan perisian intip dalam telefon bimbit, hari ini.
Kelemahan tersebut dilaporkan Financial Times (FT) dengan kemas kini WhatsApp terbaharu membolehkan perisian jahat dalam telefon bimbit dengan menelefon sasaran menggunakan aplikasi yang digunakan 1.5 bilion orang di seluruh dunia.
FT memetik peniaga perisian intip menyatakan alat itu dibangunkan oleh syarikat bayang berpusat Israel dipanggil NSO Group yang didakwa membantu kerajaan dari Asia Barat ke Mexico mengintip aktivis dan wartawan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Penyelidik keselamatan memberitahu, kod jahat itu mempunyai persamaan dengan pembangunan teknologi lain oleh syarikat sama, mengikut The New York Times. – AFP











