Pengendali perahu penambang, Ajan Antiola 35, beroperasi di jeti Hailin membawa penumpang keluar masuk ke Kampung Todang Muhibbah, Batu Dua Setengah, Elapora. Tambang bagi orang dewasa ialah RM1 dan kanak-kanak hanya 50 sen. Pendapatannya kira-kira RM15-30 sehari dan tiada jumlah tetap serta bergantung kepada rezeki harian.










