Pengemudi Unisza agih makanan sahur - Utusan Malaysia

Pengemudi Unisza agih makanan sahur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS 22 Mei – Persatuan Kakitangan Pengurusan dan Profesional (Pengemudi) Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) mengagihkan kira-kira 200 bungkus makanan kepada orang ramai menerusi program Kembara Sahur hari ini.

Pengerusinya, Mohd. Termizi Aziz berkata, juadah itu diagihkan kepada petugas pada waktu malam di stesen minyak, universiti, balai polis, kedai serbaneka dan hospital bermula di Ladang Pasir Akar, Besut hingga ke Kampus Perubatan universiti itu di sini.

Katanya, program kali keempat itu merupakan sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan sempena Ramadan oleh Pengemudi Unisza dalam mendekati semua golongan yang bertugas pada waktu malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Juadah diagihkan di lebih 40 lokasi persinggahan oleh 15 ahli Pengemudi bermula dari pukul 10 malam hingga 5 pagi dengan turut disertai Naib Canselor Unisza, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan (tengah) bersama kakitangan Pengemudi yang terlibat dengan program sahur di Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.

“Semoga dengan sumbangan nasi beriani di samping air dan kurma ini membolehkan golongan sasar mengisi perut mereka semasa bersahur,” katanya di sini hari ini

Mohd. Termizi berkata, kesibukan sehingga terlepas waktu bersahur adalah lumrah bagi rata-rata mereka yang bekerja pada waktu malam kerana fokus yang tinggi terhadap tanggungjawab masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini