Pengasas Dnars Skincare maut kemalangan di Thailand - Utusan Malaysia

Pengasas Dnars Skincare maut kemalangan di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 18 Mei. – Usahawan kosmetik Faziani Rohban Ahmad, 40, yang juga pengasas produk kecantikan jenama Dnars Skincare maut selepas kereta jenis Toyota Estima yang dinaiki bersama suaminya terlibat dalam kemalangan di Patani, Thailand pagi ini.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi, suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, mengalami kecederaan.

Adiknya, Faizol Rohban Ahmad berkata, kejadian diketahuinya selepas menerima panggilan daripada abang iparnya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…
 

“Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk.

 “Setengah jam selepas itu, dia maklum kakak sudah meninggal dunia,” katanya.

Tambahnya, Allahyarham turun dari rumah mereka di Kampung Paloh pada pukul 8 pagi bersama suaminya.

 

Difahamkan, mayat Faziani dibawa ke Hospital Patani, Thailand dan masih berada di sana. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini