Pengasas Dnars Skincare maut kemalangan di Pattani, Thailand - Utusan Malaysia

Pengasas Dnars Skincare maut kemalangan di Pattani, Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT – Usahawan kosmetik Faziani Rohban Ahmad, 40, yang juga pengasas produk kecantikan jenama Dnars Skincare maut manakala suaminya cedera selepas kereta jenis Toyota Estima yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, mengalami kecederaan.

Adiknya, Faizol Rohban Ahmad berkata, kejadian itu diketahuinya selepas menerima panggilan daripada abang iparnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk.

“Setengah jam selepas itu, dia maklum bahawa kakak sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, kakaknya keluar dari rumah di Kampung Paloh pada pukul 8 pagi tadi bersama suaminya.

Difahamkan, mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini