Penganjur himpunan akan dipanggil - Utusan Malaysia

Penganjur himpunan akan dipanggil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mei- Polis akan memanggil penganjur Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan yang berlangsung di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini semalam dalam masa terdekat ini.

Himpunan tersebut dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dengan seliaan UMNO dan Pas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visunathan Abdullah berkata, mereka akan dipanggil bagi tujuan siasatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita belum pasti berapa orang akan dipanggil.. bergantung kepada siasatan.

“Sehingga kini tiada sebarang laporan dibuat terhadap individu yang berucap ketika perhimpunan semalam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam. media melaporkan penganjur himpunan itu tidak menyertakan notis kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Mohd. Fahmi dilaporkan berkata, pihaknya ada menerima notis pemberitahuan dan mengadakan pertemuan dengan penganjur namun penganjur tidak sertakan bersama notis kebenaran daripada DBKL jadi notis itu dianggap tidak lengkap.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini