AWAL tahun 2019, ketika atmosfera hiburan tanah air dipanaskan beberapa insiden termasuk penularan video ‘pesta’ meneguk minuman keras oleh peserta Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee dan adegan buka tudung pelakon Emma Maembong, pengarah dan penerbit Michael Ang tidak ketinggalan menghangatkan suasana dengan melontarkan pandangannya dalam media sosial. Bagaimanapun, tindakan Michael sekadar membiakkan kecaman hebat khalayak kerana ramai menganggap lelaki berketurunan Tionghoa itu tidak layak untuk menyentuh perihal keimanan seseorang memandangkan…










