Peng Soon, Liu Ying intai pingat Kejohanan Dunia - Utusan Malaysia

Peng Soon, Liu Ying intai pingat Kejohanan Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Pasangan beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menyasarkan sekurang-kurangnya pingat gangsa dalam Kejohanan Badminton Dunia, Ogos ini.

Peng Soon berkata, itu merupakan sasaran awal tetapi sedar cabaran yang menanti di Basel dari 19 hingga 25 Ogos ini bukan mudah.

“Memang kami sasarkan pingat, ia sasaran awal tetapi kami tahu kejohanan dunia bukan sesuatu yang mudah kerana standard sama seperti Sukan Olimpik,” katanya selepas dilantik sebagai duta minuman yogurt, Yobick di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menerusi perjanjian selama dua tahun Peng Soon-Liu Ying menerima penajaan wang tunai mencecah ratusan ribu ringgit bagi menampung kos kejohanan yang akan disertai sehingga Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Mengulas mengenai penajaan itu, Liu Ying berkata, mereka kini boleh memberi fokus sepenuhnya kepada latihan kerana segala urusan mengenai kejohanan sudah selesai menerusi penajaan baharu itu.

“Kami sudah rancang 20 lebih kejohanan sepanjang tahun ini dan matlamat utama bagi meraih sebanyak mungkin mata kelayakan Olimpik,” katanya.

Peng Soon-Liu Ying sebelum ini berjaya merangkul kejuaraan Thailand Masters serta Terbuka New Zealand dan kini menghuni ranking kelima dunia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini