Pendakwa Raya Sweden mohon tahan Assange, dakwaan merogol - Utusan Malaysia

Pendakwa Raya Sweden mohon tahan Assange, dakwaan merogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM 20 Mei – Pendakwa Raya Sweden memohon secara rasmi untuk menahan Pengasas WikiLeaks, Julian Assange yang disyaki merogol, langkah pertama untuk ektradisi ke sini, hari ini.

Timbalan Pengarah Pendakwa Raya Sweden, Eva-Marie Persson dalam kenyataan berkata, beliau memfailkan permohonan kepada Mahkamah Daerah Uppsala untuk menahan Assange ketika tiada di sini bagi dakwaan merogol.

Katanya, setelah mahkamah membenarkan permohonan itu, beliau akan meminta pihak berkuasa British untuk memindahkan Assange ke Sweden.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menahan seseorang meskipun individu itu tidak ada di situ merupakan sebahagian standard prosedur perundangan Sweden jika suspek di luar negara atau tak dapat dikesan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini