Pendaki Malaysia meninggal dunia di Singapura - Utusan Malaysia

Pendaki Malaysia meninggal dunia di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 2 Mei – Seorang pendaki warga Malaysia yang terkandas selama dua malam di Gunung Annapurna, Nepal, sebelum diselamatkan minggu lalu, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura (NUH), di sini hari ini.

Menurut portal berita, TODAY, Dr Chin Wui Kin, 49, seorang pakar bius di Hospital Besar Ng Teng Fong, di sini, pada mulanya dirawat di sebuah hospital di Kathmandu, Nepal sebelum diterbangkan ke Singapura pada hujung minggu lalu untuk rawatan di Hospital NUH.

Portal berita dalam talian itu melaporkan isteri Dr Chin, Thanaporn Lorchirachoonkul, enggan ditemu bual dan memohon privasi.

Laporan itu menyebut upacara sembahyang dan memberi penghormatan terakhir diadakan di sebuah tokong Buddha di Bukit Merah.

Terdahulu, Dr Chin terkandas berhampiran Gunung Annapurna selepas terpisah dengan kumpulan 30 pendaki lain ketika menuruni gunung itu pada Selasa lalu.

Mangsa berjaya mendaki gunung setinggi 8,100 meter itu namun gagal kembali ke kem berhampiran yang terletak kira-kira satu kilometer dari puncak.

Bagaimanapun, sebuah helikopter penyelamat mengesan Dr Chin melambai dari cerun salji pada awal Khamis sebelum diselamatkan dan diterbangkan ke ibu negara Nepal itu untuk mendapat rawatan.

Sebelum ini, sebuah stesen televisyen melaporkan doktor yang memberi rawatan awal kepada mangsa, dalam Facebooknya (FB) berkata, selain degupan jantung dan suhu badan amat rendah, Dr Chin juga mengalami hipotermia teruk dan mempunyai kesan gigitan fros di bahagian tangan dan kaki. – BERNAMA

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini