Penampilan terakhir Van Persie sebelum bersara - Utusan Malaysia

Penampilan terakhir Van Persie sebelum bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROTTERDAM – Bekas penyerang Arsenal dan Manchester United, Robin Van Persie bakal mengharungi perlawanan kompetitif terakhir sebagai pemain profesional apabila pasukannya, Feyenoord bakal menentang ADO Den Haag dalam aksi Liga Belanda malam ini.

Penyerang veteran berusia 36 tahun itu telah mengumumkan persaraannya secara rasmi pada awal tahun ini selepas hajatnya untuk kembali mewakili kelab remajanya, Feyenoord selama semusim berjaya dicapai.

Perkara tersebut disahkan oleh ketua jurulatih Feyenoord, Giovanni Van Bronckhorst yang mahu bekas penyerang antarabangsa Belanda itu menikmati 90 minit terakhir sebagai pemain profesional dengan menghadiahkan tiga mata penuh buat pasukannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya harap dia gembira dengan apa yang dilakukannya sepanjang hampir 20 tahun karier bola sepaknya. Mungkin dia akan sedikit beremosi pada perlawanan terebut, namun kami akan tetapi memberi sokongan kepadanya,” kata Van Bronckhorst.

Lebih manis, Van Persie akan menamatkan kariernya di Stadium De Kuip yang juga merupakan venue pertama dia melakukan penampilan sulung bersama Feyenoord pada tahun 2001.

Van Persie sebelum ini dianggap sebagai penyerang berbisa di Eropah, apabila berkelana selama 11 tahun dalam kancah Liga Perdana England (EPL) ketika mewakili pasukan Arsenal pada musim 2004, sebelum berhijrah ke Manchester United pada 2012.

Bekas penyerang Fenerbahce itu turut mencipta nama dalam sejarah Belanda apabila menjadi penjaring terbanyak skuad The Oranje di pentas antarabangsa dengan meledak 50 gol dalam 102 penampilan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini